Sunday, March 9, 2025

Aku

Kedamaian yang ku cari
Masih belum ku temui
Jauh lagi perjalanan ini
Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Kedengaran lagu nyanyian Awie berkumandang di radio kereta ku. Liriknya semacam mengejek kehidupan aku yang tidak tenteram ini. 

Pintu kereta yang kubiarkan terbuka memberi ruang pada angin-angin pantai menghembus diriku. Rambutku yang tidak bersikat semakin tidak terurus. Sebagaimana fikiran ku yang berkecamuk. Yang memberontak. 

Semenjak kecil, boleh dikatakan semua orang senang dengan aku. Tingkahlaku, perangai dan perwatakkan aku memang suka berceloteh, bercerita dan meriuhkan suasana. Tapi setelah apa yang terjadi pada aku, mampukah aku untuk terus begitu? Mampukah aku untuk menggembirakan suasana sedangkan jiwa aku sendiri mula porak peranda? Jiwa yang semakin hilang arah dan tidak keruan lagi. Tidak pernah kusangka aku akan mengalami sesuatu seperti ini. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada diri aku. 

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

Bait-bait ayat Al-Baqarah itu kerap bermain di benakku. Pastinya aku cukup kuat untuk melalui semua ini. Fikiranku mula mengimbas waktu lalu yang manis. Waktu lalu yang membawa perubahan dalam hidup aku.


"Shahrul, engkau tak nak ikut sama ke berlakon teater? Pengarah perlukan satu watak lagi. Dia mintak aku tolong carikan. Aku rasa engkau sesuai. Bolehlah Shahrul. Engkau datang malam ni ye.". 

Laila, rakan sekelas aku sudah banyak kali mengajak aku bersama berlakon teater. Aku asyik menolak. Aku tahu dia ada hati pada aku. Bukannya dia tak cantik, malah, sangat cantik. Cuma hatiku tidak pernah terbuka dengan kecantikan itu. 

Entah mengapa seperti ada sesuatu yang terpanggil dan aku menggerakkan kaki ke bilik latihan teater pada malam itu. Sesampainya di bilik tersebut, aku dapat lihat kegembiraan di wajah Laila dan dia terus menggamit aku untuk mendekatinya. "Cepatlah Shahrul, aku nak kenalkan engkau kat pengarah ni.", jerit Laila. Aku terus menghampiri Laila dan belum sempat aku sampai, aku terhenti. Terhenti langkahku, dan seumpama terhenti sebentar jantungku. Suara panggilan Laila seperti tidak kedengaran lagi di telingaku. Kelihatan di sebelah Laila, seumpama bidadari di mataku. Dengan matanya yang jernih walau kelihatan seumpama ada suatu kesedihan yang disembunyikan, tetapi masih mampu memberi senyuman yang paling manis pernah aku lihat. Bahkan hingga hari ini, itulah senyuman paling manis pernah aku lihat di dunia ini. 

Ya Allah, begitu sempurna kurasakan senyuman itu. Sungguh aku terpesona dengan ciptaanMu. Dan perasaan itu mulai hadir. Perasaan yang tidak pernah kurasai sebelum ini. Pantaskah perasaan ini ku sebut cinta? 

Ya Allah, sungguh aku tak tahu apakah perasaan ini. Jika memang perasaan ini ialah Cinta, janganlah Engkau biarkan Cinta ini meracuni fikiranku, merasuki seluruh roh ku. Jangan biarkan Cinta ini menutupi keimananku pada MU. Sesungguhnya Engkau lah Ya Allah yang maha sempurna.






Sunday, June 30, 2019

sepi


Sepi dan sunyi
Ditemani airmata derita
Apakah ada yang akan mengesatnya?
Walau turunnya bagaikan hujan melanda

Aku
Kala ketawa kala gembira ada yang menemani
Kala luka kala kecewa ku sendiri
Siapa yang mengerti akan isi hati ini
Biar luluh biar hancur remuk
Terhempas dan berkecai
Ku rawat sendiri

Hati ini
Sekian lama begini
Hanya airmata penawar derita
Esak demi esak
Tiada siapa yg tahu
Siapa kah mau berkongsi luka ini
luka adalah derita

Dalam titisan airmata derita
Dalam esak tangis hiba
Jiwa ini ku cuba kuat kan
Adakala terlalu parah
Terasa tidak mampu lagi menanggungnya

Apakah masih ada sisa kekuatan
Agar tidak aku kalah dan terdampar lemah
Di telan masa dan derita

Tuesday, August 28, 2018

Pain

I keep so much pain inside myself
I grasp my anger and loneliness and hold it inside my chest
It has changed me into something I never meant to be
It has transformed me into a person I do not recognize
But I don't know how to let it go

Sunday, October 23, 2016

resah

hilang sudah panas kelmarin
tatkala hujan deras mulai turun
apakah masih ada lagi sedih di lubuk hatimu
sedangkan aku sudah di sampingmu
buang lah sedihmu
simpanlah resahmu
hilangkan semua perasaan itu
kerna akan aku selalu ada untukmu
selalu dan selamanya

Thursday, January 15, 2015

soal hati

Apa yang aku dengar daripada mulut pelajar-pelajar lain agak mengganggu fikiran aku. Zura, pengarah produksi teater kami, dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang artis yang agak terkenal pada masa itu. Walaupun kami tiada apa-apa ikatan, hati aku agak memberontak. Hati aku seperti terlalu lama mengenali Zura dan terasa ada satu ikatan yang aku sendiri tidak mengerti. Sesuatu yang membuatkan aku merasakan aku yang lebih layak menjadi pasangannya. Apakah betul perkhabaran itu, aku sendiri tidak tahu. Apakah perlu aku bertanya saja pada Zura?

Surah An-Nur, ayat 15-16 “Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar”.

Tuesday, May 27, 2014

Apakah?

Kepadamu yang ku cinta
Apakah bisa kau memberi ku bahagia, impian dan jiwa
Apakah bisa kau temani aku mengharungi duka dan nestapa

Aku pasti tidak kan retak bahagia ku kerana mu
Akan ku hiasi mimpi ku dengan wajah milik mu
Sungguh aku pasti hanya engkau jiwa ku
Tiada rindu ku kecuali pada mu

Wahai cintaku yang manis
Malam-malam tidurmu, akan ku jaga mimpi mu daripada buruk wajah malam